My Son

My Son
Danish Husnuzon B. Mohd Hairry

Friday, January 11, 2008

Apakah TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

TEORI PEMBELAJARAN TINGKAHLAKU (BEHAVIORISME) DAN PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin. Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan dan gerak balas.

Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui “dog-salivation-experiment”nya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman murid-murid belajar mengikut peringkat atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar, bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.

. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.

Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad ( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu “ software dan “ hardware

Ngui Kuen Sang (1981: 35 )

“ mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.”

Atan Long ( 1982: 174 )

“ BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.”

Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)

“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”

Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh dibahagikan kepada tiga kategori:

i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.

ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara, gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel, papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.

iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan maujud (realia) dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahan-bahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997 : 293):

The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."

Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa – sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna ( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan sebagainya.

Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme) , terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi , susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan komputer yang telah dipelajari sebelum itu.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan, kulit-kulit siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok, ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan sebagainya.

Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne F. Virag,1976 seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada pelbagai bahan pengajaran, teknik-teknik dan peringkat-peringkat penyampaian pengajaran… suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana fizikal yang direka untuk pembelajaran.”

Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya. Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya.

Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum pemilihan bahan pengajaran ialah:

i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran. Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketiga-tiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran semata-mata.

iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.

iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.

vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.

Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:

iv. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep

v. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar

vi. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

vii. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di kalangan pelajar

viii.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam dan beragam.

Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:

i. memberi rangsangan dan minat murid-muird.

ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.

iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh cara-cara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan beragam.

iv. dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.

RUMUSAN

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti penggunaan bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan BBM moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik lagi. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan bahawa penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama sekali.

Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis, seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi – pantun, syair, gurindam dan sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.

Kembali ke Asas” adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey (1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat dan berbagai fenomena di sekelilingnya.

Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Yahya Othman. (2006). Ekspektasi Guru dan Pelajar …….TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik. ……..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,

Longman Malaysia Snd. Bhd.

Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi

Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: ……Kumpulan. Budiman Sdn. Bhd.


Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam. …….Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd. …….Bhd.

Rahil Mahyuddin, Jami’ah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000). Psikologi Pendidikan

II. Petaling Jaya” Addison Wesley Logman Sdn. Bhd.

Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab

Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.

Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. ………..Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia


http://e-pendidikan.net/guruinternet.html

2 comments:

Anonymous said...

Satu kajian yang perlu diamati,diselidiki dengan masa yang lebih panjang agar kesimpulannya menepati kehendak aliran terkini.

Anonymous said...

Diharapkan kesimpulan yang diperolehi dapat digunakan sebagai panduan kepada semua.

Mobiweb

Mobiweb
http://www.mecd.biz

Congratulations,

To my educated advisor Prof.Madya Dr. Abdul Rasid Jamian for archieving the next level recognition 2008.