My Son

My Son
Danish Husnuzon B. Mohd Hairry

Sunday, January 13, 2008

PELAKSANAAN KEMAHIRAN BIDANG INTERPERSONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN KESUSASTERAAN MELAYU DALAM BAHASA MALAYSIA (KOMSAS)

1.0 PENGENALAN

Bahasa dan sastera mempunyai perkaitan kuat dalam perspektif yang bersifat holistik dan integral. Dunia sastera tidak pernah dipisahkan daripada pelbagai persoalan kebahasaan. Ini adalah kerana bahasa merupakan satu-satunya media pengungkapan bagi sasterawan menghasilkan karya.

Sehubungan itu, pengajaran komponen wajib kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) di sekolah menengah mula dilaksanakan mulai Mac, tahun 2000. Penyerapan teks sastera dalam pendidikan bahasa merupakan strategi bijak untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu menekankan pengembangan potensi anak didik secara seimbang daripada segi rohani, jasmani, intelektual, dan emosional, iaitu menuntut pengisian jiwa generasi muda dengan segala unsur yang sepatutnya, termasuk sastera yang berfungsi menghaluskan budi dan kemanusiaan manusia.

Penggunaan teks sastera dalam pembelajaran komponen Kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Malaysia mempunyai kewajaran dan falsafahnya yang tersendiri yang mampu mengangkat martabat bahasa serta membina tamadun bangsa. Penggunaan karya sastera menjadi landasan untuk menyampaikan sifat-sifat bahasa yang berkesan. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar akan dapat menghayati keindahan karya di samping memberi tumpuan kepada unsur-unsur bahasa.

Dalam pengajaran komsas, bidang interpersonal berfungsi sebagai fokus utama penyebab proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara berkesan. Bidang interpersonal dieksplotitasi untuk mencapai objektif pengajaran. Kepentingan bidang interpersonal dalam pengajaran Bahasa Malaysia khususnya komsas memang tidak dapat dinafikan. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan menggunakan unsur sastera ini seterusnya dimantapkan lagi dengan peruntukan masa dua waktu daripada enam waktu mengajar Bahasa Malaysia di sekolah menengah untuk pengajaran komsas.

Penyerapan unsur-unsur dalam pengajaran komsas ini mampu menanam kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan yang menyeluruh. Disamping itu, bidang interpersonal ini sesuai sebagai sarana untuk memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai situasi, sistem bahasa, dan gaya bahasa yang indah. Pelajar juga dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian sama ada di sekolah mahupun di rumah.

1.1 Penyataan Masalah

Pelaksanaan bidang interpersonal dalam kalangan guru dalam proses pengajaran kurang mendapat perhatian daripada pelajar. Kaedah pengajaran guru dalam bilik darjah juga lebih berpusatkan guru iaitu tidak membuka peluang kepada pelajar untuk memberi respons dalam bentuk lisan.

Kajian ini bertitik tolak daripada masalah kelemahan pelajar mengaplikasikan kemahiran bidang interpersonal dalam pertuturan dan kehidupan seharian. Ia berpunca daripada ketidakupayaan pelajar menguasai kemahiran bertutur dengan baik dan berkesan, gejala ini terus berlanjutan hingga ke peringkat pelajar berkenaan menjadi anggota masyarakat atau peringkat alam pekerjaan.

1.2 Objektif Kajian

Objektif kajian amat penting bagi menentukan apa yang ingin dikaji dan mencapai matlamatnya. Dalam kajian ini, objektif penyelidikan adalah bertujuan untuk:

  1. Mengetahui tahap kemahiran interpersonal guru-guru Bahasa Malaysia dalam pengajaran komsas..
  2. Meneliti pelaksanaan bidang interpersonal dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  3. Untuk melihat keberkesanan bidang interpersonal yang diterapkan oleh guru terhadap pelajar.
  4. Mengenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Malaysia untuk menerapkan bidang interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

1.3 Persoalan Kajian

Objektif kajian yang hendak dicapai ialah berdasarkan persoalan-persoalan di bawah;

  1. Adakah guru memahami konsep interpersonal?
  2. Adakah guru itu sendiri memiliki kemahiran interpersonal?
  3. Adakah guru menerapkan kemahiran interpersonal dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
  4. Bagaimanakah guru menerapkan kemahiran interpersonal dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia?
  5. Apakah kaedah yang digunakan oleh guru untuk menerapkan kemahiran interpersonal kepada pelajar?
  6. Adakah terdapat perubahan terhadap sikap pelajar setelah bidang interpersonal diserapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran?
  7. Adakah pelajar mampu mengamalkan kemahiran interpersonal?
  8. Adakah terdapat kekangan untuk guru menerapkan bidang interpersonal dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

1.4 Kepentingan Kajian

Tanggungjawab utama seorang guru tentulah terhadap pelajar-pelajarnya. Kepentingan para pelajar haruslah mengatasi semua kepentingan lain. Guru harus memastikan pelajar-pelajarnya dapat menerima isi pelajaran dan aspek-aspek lain yang ingin diserapkan melalui pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dan kekal lama dalam ingatan pelajar-pelajar. Kajian ini adalah untuk melihat sama ada kemahiran interpersonal digunakan oleh guru untuk mengajar Komsas sesuai dan dapat membantu dalam peningkatan interpersonal pelajar.

Selain itu, diharap melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap amalan pengajaran seorang guru semasa mengajar Komsas dapat memberi gambaran tentang aspek kemahiran interpersonal yang digunakan dan gaya pengajaran guru serta kesannya kepada pelajar dalam Komsas. Hal ini penting kerana bidang interpersonal juga akan membentuk jati diri dalam diri setiap pelajar, yang diharap dapat terus kekal dalam sanubari masing-masing sehingga dapat membentuk mereka menjadi masyarakat yang berakhlak mulia walaupun telah menamatkan alam persekolahan mereka.

Pemerhatian yang dilakukan ke atas responden bukan untuk mencari kelemahan guru berkenaan atau guru-guru lain kerana setiap guru yang ditugaskan mendidik telah melalui latihan yang profesional dan telah dilengkapi dengan segala ilmu kebahasaan, psikologi dan pedagogi sebelum berkelayakan mendidik pelajar. Sebaliknya kajian ini merupakan langkah untuk bertukar-tukar pandangan dan perkongsian maklumat ke arah peningkatan prestasi akademik pelajar itu sendiri, di samping itu diharap juga pengajaran Komsas dapat membantu pelajar menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Pemerhatian juga diharap dapat memberi pengalaman kepada penulis sendiri untuk bersama-sama berkongsi maklumat untuk menambahkan pengetahuan.

Oleh itu, dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu dan memotivasikan guru-guru dalam memilih, menyesuai dan membina kaedah-kaedah dalam bidang interpersonal untuk mengajar Komsas seterusnya meningkatkan minat dan pencapaian akademik pelajar dalam Komsas. Hasil pemerhatian ini juga amat penting sebagai panduan atau rujukan kepada penyelidik-penyelidik akan datang tentang bidang interpersonal yang dapat membantu memupuk nilai dalam diri generasi bakal pemimpin masa hadapan.

2.0 BIDANG INTERPERSONAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMSAS

2.1 Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Bermula tahun 2001 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah telah disemak semula sebagai penambahbaikan kepada kurikulum yang sedia ada dengan memasukkan bidang Interpersonal, Maklumat dan Estetik sebagai elemen penting untuk mencapai objektif KBSM. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu meliputi Penggunaan Bahasa, Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, Kaedah Pengajaran dan Pengisian Kurikulum.

Penggunaan bahasa bagi Bidang Interpersonal merujuk kepada kebolehan murid memulakan, membina, dan mengekalkan persahabatan serta berhubungan dengan orang lain. Dalam Sukatan Kurikulum Pelajaran Bahasa Melayu (semakan) juga telah dimasukkan 3 bidang kemahiran bahasa yang perlu diserapkan secara langsung, iaitu bidang kemahiran maklumat, bidang kemahiran interpersonal dan bidang kemahiran estetik. Sebelum semakan ketiga-tiga bidang berkenaan diserapkan secara tidak langsung serta tidak terancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Sastera dalam Bahasa Melayu bukan perkara asing kerana bahasa dan kesusasteraan ‘seperti isi dengan kuku’ atau ‘ibarat irama dan lagu’ (Farid M.Onn: 1993). Kedua-duanya saling melengkapi. Cuma sejak, sejak akhir-akhir ini elemen ini semakin diberi penekanan dan diserapkan secara lebih sistematik ke dalam kurikulum Bahasa Melayu. Hal ini disebabkan timbulnya kesedaran dalam kalangan ahli akademik dan sebilangan besar masyarakat tentang kepentingan membentuk ‘insan’ melalui sastera. Sastera merupakan hasil pemikiran manusia yang kreatif dan indah. Bahan sastera memang munasabah digunakan untuk mempertinggi kebolehan Bahasa Melayu pelajar-pelajar sekolah menengah ( Koh Boh Boon:1989)

Unsur sastera telah mula menjadi sebahagian daripada kandungan Sukatan Pelajaran Melalui pembelajaran Komsas juga diharap dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan yang kaya dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

“...usaha yang berterusan ke arah memperkembang individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Melalui pembelajaran Komsas juga diharap dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia dan yang kaya dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan;

“...usaha yang berterusan ke arah memperkembang individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Banyak pihak memberikan reaksi positif apabila kabinet meluluskan cadangan pelaksanaan Komsas dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa ( Alias Ismail : 2006). Walaupun tiada kajian yang khusus, apatah lagi perangkaan yang tepat tentang perkara ini, tinjauan secara rambang mendapati bahawa rata-rata yang melontarkan reaksi yang sedemikian ialah sasterawan, budayawan, seniman, pendidik, segelintir ibu bapa dan individu yang memiliki kecintaan yang tinggi terhadap kesusasteraan bangsa. Lagipun, bahan-bahan seperti teka-teki, kartun, jenaka, cerita lucu, komen lucu dan perlakuan lucu dapat merangsang keselesaan dan keseronokan ketika belajar (Roselan Baki: 2006). Menjadikan suasana di bilik darjah tidak lesu kerana terlalu menekankan aspek teori dan teknikal.

Jacquie dan Bruce (2000) menyarankan agar guru diberi pengetahuan mengenai pengisian kurikulum, termasuk bidang interpersonal. Oleh itu, guru Bahasa Melayu mampu mempersiapkan diri dengan segala ilmu terutama berkaitan ilmu bahasa. Guru harus mempersiapkan diri dengan ilmu yang secukupnya supaya mampu menterjemahkannya kepada pelajar yang mengharapkan bimbingan. Guru yang profesional seharusnya menjadi gedung ilmu supaya dapat dirujuk oleh pelajar apabila menghadapi kemusykilan tentang sesuatu bidang ilmu.

2.2 Konsep Bidang Interpersonal

Dalam kehidupan seharian, manusia tdak dapat mengelak daripada saling berkomunikasi kerana mereka yang saling memerlukan antara satu sama lain. Komunikasi interpersonal berlaku antara dua atau lebih individu dalam keadaan bersemuka seperti dalam sesi temu duga, temu bual atau perbualan. Kemahiran interpersonal juga dapat digunakan walaupun tanpa bersemuka, contohnya melalui surat-menyurat, perbualan telefon, sidang video, e-mel dan perbualan melalui ruang bual ( chat room ).

Dalam konteks Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu, bidang interpersonal merujuk kepada keupayaan seseorang pelajar berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkai kata ungkapan dan ayat betul dan tepat secara bertatasusila untuk mengekalkan hubungan melalui perkongsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus untuk mendapatkan barangan dan perhidmatan.

( Sukatan Pelajaran KBSM. 2001:6)

2.3 Bidang Interpersonal dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Bidang interpersonal berfokus kepada keupayaan murid berkomunikasi berasaskan bahasa dengan menggunakan kata, frasa, rangkaikata, ungkapan dan ayat yang betul, dan tepat secara bertatasusila. Bidang ini juga bertujuan untuk mengekalkan hubungan yang rapat dengan rakan atau orang lain melalui perkogsian idea semasa berinteraksi sosial atau berurus bagi tujuan komersial.

2.4 Interpersonal Guru

a) Kemahiran Interpersonal Membantu Membina Hubungan Berkesan antara Guru dan Pelajar

i) Guru sentiasa bersedia dan berfikiran terbuka dengan pelajarnya.

ii) Guru memahami psikologi pelajar dan sedar dengan tanggungjawabnya.

iii) Guru sentiasa bersedia dengan bentuk kemahiran komunikasi.

iv) Kerjasama yang erat dan persefahaman yang baik antara guru dan peajar.

v) Hubungan bersekutu antara guru dan pelajar.

vi) Guru perlu faham dengan kehendak dan tingkah laku pelajar.

Dengan adanya kemahiran interpersonal ini, para guru dapat menerima segala cabaran dengan hati yang positif dan berpandangan terbuka. Guru juga akan lebih berpandangan jauh ataupun ‘berfikir di luar kotak’ dalam membentuk generasi baru ke arah pembentukan jati diri dan berketrampilan.

b) Kepentingan Interpersonal kepada Guru.

i) Hubungan interpersonal dapat melahirkan persefahaman yang baik antara guru dan pelajar.

ii) Membantu guru menggunakan berbagai-bagai bentuk komunikasi yang sesuai.

iii) Meningkatkan kepekaan guru dengan keperluan kemanusiaan pelajar.

iv) Meningkatkan kebolehan guru kepada konsep pemusatan pelajar.

v) Meningkatkan kebolehan guru membina suasana persekolahan yang lebih harmoni.

Segala perubahan dari segi kurikulum atau kaedah yang dirancangkan tidak akan berjaya sekiranya komunikasi dua hala tidak berkesan. Guru memainkan perananan penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Bermula di sekolah, guru mengambil alih sebagai peranan ibu bapa yang ke dua dalam membentuk sahsiah pelajar. Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung, guru perlu mewujudkan komunikasi dua hala secara lebih efisyen agar pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

c) Tujuan Mempelajari Interpersonal dalam Kalangan Guru

i) Melengkapkan diri guru dengan teknik-teknik komunikasi.

ii) Memudahkan guru menyelesaikan aktiviti pembelajaran dan sosial.

iii) Membantu guru menjadi pemudah cara.

iv) Membantu guru meperoleh kuasa memujuk ataupun mempengaruhi.

v) Membantu guru menggunakan pendekatan mesra pelajar.

vi) Membantu guru membina hubungan yang berkesan dengan pelajar.

vii) Membantu guru membina dan mengembangkan segala kebolehan diri pelajar.

Komunikasi ialah hubungan yang diwujudkan antara manusia melalui media bahasa dan juga media lain. Dalam komunikasi, guru bukan sahaja berkomunikasi dalam perbualan dan malah melalui bahasa bertulis. Tujuannya ialah untuk melaksanakan segala urusan dengan lebih efisyen dan berkesan khususnya untuk menarik perhatian pelajar dan masyarakat bagi memujuk dan mempengaruhi pihak lain dalam mendapatkan perkhidmatan. Guru adalah fasilitator atau pemudah cara kepada setiap pelajar. Jadi, kemahiran guru dalam mengurus dan mengajar perlu menggunakan pelbagai kaedah untuk meransang pelajarnya yang mempunyai keperluan dan minat yang berbeza.

d) Kepentingan Bidang Interpersonal Kepada Pelajar

i).Mengelakkan pertengkaran, mengekalkan hubungan dengan orang lain serta dapat menggembirakan orang lain

ii).Meningkatkan kemahiran mendengar

iii).Berkemahiran mempengaruhi orang lain untuk menyetujui pemikiran

iv). Mudah mendapat rakan serta dapat mengekalkan persahabatan.

Justeru itu, menjadi tugas guru untuk menerapkan bidang interpersonal dalam kalangan pelajar bagi meghasilkan pelajar yang berketrampilan. Bidang interpersonal perlu dimiliki oleh semua pelajar untuk mengpalikasikan dalam kehidupan harian khususnya melibatkan komunikasi pelbagai pihak. Dengan cara ini, semua pelajar berpeluang menonjolakn kemahiran masing-masing yang akan membawa kepada mereka kerana mereka boleh memberi kerjasama dan tingkah laku yang baik.

2.5 Hasil Pembelajaran Bidang Interpersonal

Terdapat pelbagai kemahiran yang terkadung dalam bidang interpersonal yang perlu diterapkan kepada setiap pelajar. Antaranya ialah:

1.0: Berinteraksi untuk Menjalin dan Mempererat Hubungan Mesra.

1.1 Berbual dan berbicara tentang perkara yang berkaitan dengan kehidupan harian yang menyentuh diri, keluarga, rakan dan masyarakat dengan menggunakan kata, intonasi dan nada yang sesuai.

1.2 Mendengar dan memerikan respons secara lisan dan bertulis tentang

sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain.

1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan dengan menggunakan kata dan ungkapan yang sesuai.

1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan soalan pelbagai aras.

1.5 Berbincang dan membidas hujah dengan sopan dalam pelbagai situasi.

1.6 Menyatakan perasaan secara berterus terang dan beradab.

2.0: Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan

2.1 Mencetuskan idea bernas semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.

2.2 Menghuraikan idea bernas secara kritis dan rapi.

2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.

2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan.

2.5 Memberikan penjelasan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap isu yang dikemukakan.

3.0: Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat.

3.1 Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya pengucapan

yang betul semasa berunding.

3.2 Berbincang untuk menerima dan menolak pandangan orang lain secara

terbuka untk mencapai kata sepakat.

3.3 Menyatakan pendirian yang jelas dengan mengemukakan maklumat yang relevan.

3.4 Mempertimbangkan semua aspek yang dikemukakan dalam perundingan

secara rasioal untuk mencapai kata sepakat supaya diterima oleh semua pihak.

4.0: Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan

4.1 Mengesan kecondongan pendapat dan menimbangkan pelbagai pilihan untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

4.2 Menjelaskan dan membuktikan pertimbangan secara rasional dan adil untuk meyakinkan pihak yang terlibat.

5.0: Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain melakukan sesuatu.

5.1 Berbicara dan merayu dengan menggunakan kata, ungkapan dan ayat yang dapat memberikan kesan memujuk untuk mendapatkan sesuatu.

5.2 Menggunakan hujah yang bernas dan meyakinkan untuk mempengaruhi pihak lain dalam pelbagai situasi.

5.3 Merayu dengan menggunakan strategi yang berkesan untuk memujuk pihak lain.

6.0: Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan

perkhidmatan.

6.1 Menggunakan sebutan, intonasi, dan unsur paralinguistik yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

6.2 Menggunakan perkataan, ungkapan, ayat, dan laras bahasa yang sesuai untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

6.3 Mengambil tindakan susulan terhadap pihak tertentu yang berkaitan dengan barangan dan perkhidmatan.

Secara tuntasnya, bidang ini diperlukan oleh setiap manusia untuk meneruskan kehidupan seharian sama ada berbual, berhujah, memujuk pihak lain untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Idea yang baik dan bernas boleh diterima pakai sekiranya seseorang menghadapi situasi dalam penjelasan. Setiap idea dan hujah perlu mempunyai bukti atau fakta yang tepat dan jelas. Jadi, Hasil Pembelajaran Khusus yang boleh dicapai oleh murid dalam bidang interpersonal ialah berinteraksi, memberi pendapat, berunding, membuat pertimbangan, memujuk, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.

2.6 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bidang Interpersonal

Pelbagai Pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran bidang interpersonal telah dilaksanakan dalam bilik darjah. Antaranya ialah:–

n Pendekatan komunikatif

n Pendekatan bagi mengapresiasikan karya kreatif – berfokus, struktural, mengalami dan menghayati

n Pendekatan deduktif, induktif dan eklektik

n Mempelbagaikan Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

n Teknik Perbualan

n Teknik bacaan secara imbasan dan luncuran

n Teknik simulasi

n Teknik main peranan

n Teknik Perbincangan

n Teknik Inkuiri

n Teknik temu bual/temuramah

n Teknik Forum

n Teknik Bahas

n Teknik Pidato/ ucapan

n Teknik Permainan Bahasa

n Teknik Bercerita

n Teknik Kerusi Panas

n Teknik Lakonan

n Teknik Puisi

n Teknik Nyanyian

Terdapat pelbagai teknik dan kaedah dilaksanakan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru memainkan peranan penting untuk mengaplikasikan bidang interpersonal dalam kalangan pelajar khususnya dalam komsas. Dengan terlaksananya teknik ini, pelajar akan lebih seronok dan berkeyakinian seterusnya berktampilan untuk berhadapan dengan orang lain.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Pengenalan

Bahagian ini menerengkan metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, kaedah kajian, instrument kajian, subjek kajian (sampel), dan analisis data.

3.1 Reka bentuk Kajian

Kajian ini berbentuk deskriptif kualitatif dan bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Malaysia terhadap keperluan kemahiran interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang menggunakan satu set soalan temu bual dan satu set soal selidik ini ditadbirkan kepada 20 orang guru Bahasa Malaysia, iaitu 14 orang dari SMK. Tengku Ampuan Jemaah dan 6 orang dari SMK. Pulau Ketam

3.2 Lokasi Kajian

Kajian ini dilakukan di dua buah sekolah menengah, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Jemaah, Pelabuhan Klang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam, Pelabuhan Klang. Lokasi ini dipilih adalah disebabkan pengkaji ingin melihat kebolehan pelajar dalam bidang interpersonal dalam komuniti yang berbeza, memandangkan pelajar dari SMK Pulau Ketam adalah semuanya terdiri daripada bangsa Cina dan bahasa ibundanya adalah bahasa Cina. Manakala pelajar dari SMK Tengku Ampuan Jemaah pula terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum iaitu Melayu, Cina dan India.

3.3 Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 20 orang guru Bahasa Malaysia, iaitu 14 orang dari SMK. Tengku Ampuan Jemaah dan 6 orang dari SMK. Pulau Ketam. Sampel dalam kajian ini merupakan guru opsyen bahasa Malaysia.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik dan temubual dengan responden yang dipilih. Borang soal selidik telah diberikan kepada guru-guru yang dipilih sebagai responden daripada kedua-dua buah sekolah. Proses pengumpulan data telah mengambil masa selama 2 minggu. Sesi temubual telah dilakukan dengan 3 orang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Ketam dan 3 orang guru dari SMK Tengku Ampuan Jemaah.

.

3.5 Pemprosesan dan Penganalisisan Data

Sejumlah 20 borang selidik telah berjaya dikumpul dan dianalisis. Seramai 6 orang guru berjaya ditemubual dari kedua-dua buah sekolah. Bagi menghasilkan data yang mengukur penerimaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran komsas di dua buah sekolah iaitu SMK Tengku Ampuan Jemaah dan SMK Pulau Ketam, maka nilai peratusan digunakan.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bab ini diperbincangkan tentang penggunaan bidang interpersonal dalam kalangan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di SMK. Pulau Ketam dan SMK Tengku Ampuan Jemaah. Data yang dianalisis ini diperolehi daripada guru-guru dan pelajar yang mengikuti mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Data yang diperolehi daripada maklumbalas temubual dan jawapan soal selidik ini adalah bagi mencapai beberapa objektif kajian yang telah ditentukan. Asas-asas keputusan yang diambil adalah berdasarkan kepada tafsiran yang diperolehi daripada maklum balas dan jawapan yang diberikan oleh reponden terhadap pernyataan-pernyataan yang terdapat dalam soalan soal selidik dan temubual.

Penyelidik menggunakan skala Likert dan respon bertulis bagi mendapatkan maklum balas temubual. Di samping itu seramai 3 orang sampel guru bahasa Melayu digunakan oleh penyelidik bagi mendapatkan maklumat secara temubual.

Dalam bab ini turut diperbincangkan dapatan kajian yang terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian pertama adalah menghuraikan tentang latar belakang responden. Ia juga meliputi ciri-ciri demografi seperti jantina, bangsa dan kelayakan akademik responden. Bahagian kedua pula akan menghuraikan analisis tentang maklum balas responden terhadap pembolehubah-pembolehubah kajian. Seterusnya, bahagian ketiga dilakukan pengujian berdasarkan objektif dan persoalan kajian terhadap sampel. Untuk tujuan ini data dianalisis menggunakan peratusan.

Latar Belakang Responden

Seramai 6 orang responden yang terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK. Pulau Ketam dan 14 orang guru dari SMK Tengku Ampuan Jemaah telah memberi maklum balas dalam soal selidik dan jawapan lengkap kepada pengkaji. Berdasarkan daripada maklum balas yang diterima, sebanyak 100% sampel darpada keseluruhan populasi telah memberikan data yang diperlukan dalam kajian ini. Berdasarkan pernyataan tersebut jumlah sampel yang digunakan dalam kajian ini sebanyak 90% adalah memenuhi syarat bagi membolehkan generalisasi dibuat berkaitan penggunaan bidang interpersonal dalam pengajaran Bahasa Melayu dalam kalangan guru-guru di SMK. Pulau Ketam.

Jadual 1: Taburan Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina

Jantina

Bilangan

Peratus

Lelaki

6

30

Perempuan

14

70

JUMLAH

20

100

Jadual 1 menunjukkan responden kajian terdiri daripada 6 orang (30%) guru lelaki dan 14 orang (70%) guru perempuan.Data tersebut menunjukkan taburan responden secara tipikalnya mempunyai arah kecenderungan lebih besar kepada bilangan guru perempuan daripada guru lelaki.

Jadual 2: Latar Belakang Responden Mengikut Etnik

Bangsa

Bilangan

Peratus

Melayu

16

80

Cina

2

10

India

2

10

JUMLAH

20

100

Berdasarkan kepada jadual 2 dapatlah dihuraikan bahawa majoriti daripada responden guru bahasa Melayu berbangsa Melayu, iaitu 80%. Ini diikuti pula oleh guru berbangsa Cina, iaitu 10% dan bangsa India seramai 10%. Keadaan ini memperlihatkan kepada kita bahawa wujudnya bentuk aliran yang normal penglibatan guru-guru pengkhususan atau opsyen Bahasa Melayu lebih cenderung kepada bangsa Melayu berbanding dengan bangsa-bangsa lain.

Jadual 3: Pengalaman Mengajar responden

Pengalaman Mengajar

Bilangan

Peratus

1-5 tahun

5

25

6-10 tahun

6

30

10 tahun ke atas

9

45

JUMLAH

20

100

Jadual 3 menerangkan pengalaman mengajar responden yang terdiri daripada 1-5 tahun seramai 5 orang (25%), 6-10 tahun seramai 6 orang (30%) dan 10 tahun ke atas seramai 9 orang (45%).

Analisis Tahap Penggunaan Bidang Interpersonal dalam Pengajaran Komsas

Dalam bahagian ini, analisis data yang didapati daripada responden merujuk kepada tahap penggunaan bidang interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran komsas dalam kalangan guru Bahasa Melayu di SMK. Pulau Ketam dan SMP Tengu Ampuan Jemaah. Maklum balas didapati daripada guru Bahasa Melayu adalah berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan. Borang soal selidik tersebut menjadi panduan asas bagi menjalankan analisis ini. Secara statistik, analisis ini dilakukan dengan melihat taburan skor setiap pembolehubah kajian.

Bil

Item

STS

(1)

TS

(2)

KS

(3)

S

(4)

SS

(5)

1

Saya mempunyai kemahiran bidang interpersonal

-

-

-

15

5

2

Bidang interpersonal perlu dikuasai semua guru

-

-

-

12

8

3

Pengajaran Komsas lebih berkesan dengan menggunakan kemahiran bidang interpersonal.

-

-

-

10

10

4

Saya sering mengadakan aktiviti soal jawab secara lisan di dalam kelas untuk menguji kemahiran interpersonal pelajar.

-

-

-

13

7

5

Pengajaran saya berorientasikan sukatan pelajaran semata-mata.

1

2

6

7

4

6

Bidang interpersonal sukar dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

-

-

1

9

10

7

Saya memerlukan latihan/kursus dalam bidang interpersonal.

-

-

3

2

15

8

Saya selalu menerapkan kemahiran interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran

-

-

-

12

8

9

Saya mampu menerapkan kemahiran bidang interperonal sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam pengajaran bahasa.

-

-

-

13

7

10

Saya membetulkan kesilapan pemilihan kata/ kosa kata/ kata ganti nama dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

-

-

3

8

9

11

Pelajar digalakkan memberi pendapat mereka sendiri menggunakan bahasa yang bertatasusila.

-

-

2

10

8

12

Saya menjalankan aktiviti berkumpulan untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka.

-

-

-

15

5

13

Pelajar lebih berminat belajar Bahasa Malaysia apabila saya menerapkan interpersonal

-

-

1

9

10

14

Pelajar yang lemah menunjukkan minat dalam Komsas apabila saya menggunakan kemahiran interpersonal.

-

-

1

9

10

15

Pelajar dapat menjalankan aktiviti berkumpulan dengan lebih lancar apabila mereka memiliki kemahiran interpersonal.

-

-

2

12

6

16

Pelajar menggunakan bahasa yang bertatasusila semasa berkomunikasi dengan guru.

-

1

3

13

3

17

Pelajar dapat berinteraksi dengan rakan sebaya menggunakan bahasa yang sesuai.

-

1

3

10

6

18

Pelajar bukan Melayu sukar menguasai kemahiran interpersonal dalam lisan kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kedua.

-

-

5

10

5

19

Sukar mentafsir kehendak setiap pelajar dalam kemahiran interpersonal.

-

3

5

8

4

20

Pembelajaran berpusatkan pelajar sukar dilaksanakan.

-

-

-

12

8

21

Pelaksanaan kemahiran interpersonal sukar kerana pemelajaran berfokaskan peperiksaan.

1

5

7

4

3

22

Tiada sokongan daripada pihak pentadbiran untuk melaksanakan bidang interpersonal.

-

-

3

9

8


JUMLAH

2

12

45

222

159


PERATUS

0.45

2.72

10.22

50.00

36.13

Berdasarkan jadual di atas didapati penggunaan kemahiran interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu adalah berjaya dilaksanakan.

Analisa kajian diterangkan mengikut dapatan hasil kajian yang dibahagi berdasarkan empat objektif yang hendak dinilai. Hasil dapatan daripada analisis yang dijalankan ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Objektif 1

Mengetahui tahap kemahiran interpersonal guru-guru Bahasa Malaysia dalam pengajaran komsas.

Pernya-

taan/ skor

Mempunyai kemahiran bidang interpersonal

perlu dikuasai semua guru

Pengajaran Komsas lebih berkesan dengan menggunakan kemahiran bidang interpersonal.

Sering mengadakan aktiviti soal jawab secara lisan di dalam kelas

Pengajaran berorien-tasikan sukatan pelajaran semata-mata.

Bidang inter-personal sukar dilaksa-nakan

memerlukan latihan/

kursus dalam bidang interper-sonal.

Min

4.25

4.4

4.5

4.35

3.56

5

4.6

Medium

4.5

4.5

4.5

4.5

4

4.5

5

Mod

4

4

4

4

4

5

5

Dari jadual di atas didapati bahawa tahap kemahiran interpersonal guru-guru bahasa Malaysia dalam pengajaran komsas telah dilaksanakan dengan sempurna. Berdasarkan pernyataan 1, didapati peratusan guru yang bersetuju dengan soalan yang dikemukan adalah 75.00% dan sangat bersetuju adalah 25.00% ( min=4.25). Bagi pernyataan ke 2 sebanyak 50% guru bersetuju dan sangat bersetuju dengan penguasaan kemahiran bidang interpersonal (min=4.4). Manakala pernyataan ke 3 seramai 65% guru yang bersetuju dan 25% sangat bersetuju dengan pengajaran komsas menggunakan kemahiran bidang interpersonal. Seramai 65% guru bersetuju dengan pelaksanaan aktiviti lisan untuk menerapkan kemahiran interpersonal dalam kalangan pelajar. Terdapat sedikit perbezaan min pada pernyataan ke 6 iaitu seramai 5%, sangat tidak bersetuju, 10% tidak bersetuju, 30% kerang bersetuju, 35% bersetuju dan 20% sangat bersetuju (min=3.56). Ini disebabkan bahawa guru-guru bahasa Malaysia bukan semata-mata mementingkatan sukatan pengajaran semata-mata, malah mereka melihat tahap kebolehan pelajar khususnya dalam bidang interpersonal. Seramai 15% kurang bersetuju dengan kenyataan ke 7, 55% bersetuju dan 40% sangat bersetuju.

Objektif 2

Meneliti pelaksanaan bidang interpersonal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pernyataan / skor

Menerapkan kemahiran interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran

Menerapkan kemahiran bidang interperonal sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam pengajaran bahasa

Membetulkan kesilapan pemilihan kata/ kosa kata/ kata ganti nama dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar digalakkan memberi pendapat mereka sendiri menggunakan bahasa yang bertatasusila.

Menjalankan aktiviti berkumpulan untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka.

Min

4.25

4.35

4.30

4.30

4.25

Medium

4

4

4.5

4

4

Mod

4

4

5

4

4

Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu mula menjadi sebahagian daripada kurikulum Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu bermula tahun 2001. Jadual 2 menunjukkan bahawa seramai 60% guru bersetuju dengan pelaksanaan kemahiran interpersonal dalam bilik darjah setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung (min=4.25). Seramai 65% guru bersetuju dengan masa yang diperuntukkan sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlaku dan seramai 35% adalah sangat bersetuju (min=4.30). Manakala seramai 15% guru kurang bersetuju dengan membetulkan kesilapan pemilihan kata/ kosa kata/ kata ganti nama dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini mungkin guru kesuntukan waktu untuk memperpetulkan kesilapan tersebut, tetapai pembetulan akan dilakukan apabila guru menyemak buku latihan yang dihantar oleh pelajar. Seramai 40% guru yang bersetuju dengan pelaksanaan ini dan seramai 45% guru sangat bersetuju.

Seramai 10% kurang bersetuju dengan pernyataan yang menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri menggunakan bahasa yang bertatasusila

menggalakkan pelajar memberi pendapat sendiri menggunakan bahasa yang bertatasusila. Seramai 50% didapati bersetuju dan 40% sangat bersetuju (min=4.30). Hasil kajian juga mendapati seramai 75% guru bersetuju dan 25% sangat bersetuju (min=4.25).

Objektif 3

Untuk melihat tahap penggunaan bidang interpersonal yang diterapkan oleh guru terhadap pelajar.

Pernyataan / skor

Pelajar lebih berminat belajar Bahasa Malaysia apabila saya menerapkan interpersonal

Pelajar yang lemah menunjukkan minat dalam Komsas apabila saya menggunakan kemahiran interpersonal.

Pelajar dapat menjalankan aktiviti berkumpulan dengan lebih lancar apabila mereka memiliki kemahiran interpersonal.

Pelajar menggunakan bahasa yang bertatasusila semasa berkomunikasi dengan guru.

Pelajar dapat berinteraksi dengan rakan sebaya menggunakan bahasa yang sesuai.

Min

4.25

4.35

4.30

4.30

4.25

Medium

4

4

4.5

4

4

Mod

4

4

5

4

4

Jadual di atas menunjukkan tahap penggunaan bidang interpersonal yang diterapkan oleh guru terhadap pelajar. Didapati 5% kurang setuju dengan pernyataan minat pelajar akan bertambah apabila guru menerapkan kemahiran interpersonal. Seramai 45% guru bersetuju dan 50% sangat bersetuju (min=4.25). Bagi pelajar yang lemah menunjukkan minat dalam Komsas apabila saya menggunakan kemahiran interpersonal mendapati bahawa seramai 5% kurang setuju, 45% bersetuju dan 50% adalah sangat bersetuju (4.35). Hasil kajian juga mendapati seramai 10% guru kurang setuju dengan pernyataan bahawa pelajar dapat menjalankan aktiviti berkumpulan dengan lebih lancar apabila mereka memiliki kemahiran interpersonal. Namun terdapat ramai yang bersetuju dengan pernyataan ini iaitu seramai 60% dan 30% adalah sangat bersetuju (4.30).

Didapati (5%) guru tidak setuju dengan pernyataan bahawa pelajar menggunakan bahasa yang bertatasusila semasa berkomunikasi dengan guru, 15% kurang bersetuju, 65% bersetuju dan 15% sangat setuju (min=4.30). Hasil kajian juga mendapati bahawa 5% tidak bersetuju dengan kenyataan pelajar dapat berinteraksi dengan rakan sebaya menggunakan bahasa yang sesuai, 15% kurang setuju, 50% bersetuju dan 30% sangat bersetuju.

Objektif 4

Mengenal pasti kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru Bahasa Malaysia untuk menerapkan bidang interpersonal dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

Pernyataan / skor

Pelajar bukan Melayu sukar menguasai kemahiran interpersonal dalam lisan kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kedua.

Sukar mentafsir kehendak setiap pelajar dalam kemahiran interpersonal.

Pembelajaran berpusatkan pelajar sukar dilaksanakan.

Pelaksanaan kemahiran interpersonal sukar kerana pemelajaran berfokaskan peperiksaan.

Tiada sokongan daripada pihak pentadbiran untuk melaksanakan bidang interpersonal.

Min

4

3.65

4.4

3.15

4.25

Medium

4

4

4

3

4

Mod

4

4

4

3

4

Berdasarkan jadual di atas didapati bahawa 25% guru kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa Pelajar bukan Melayu sukar menguasai kemahiran interpersonal dalam lisan kerana Bahasa Malaysia ialah bahasa kedua, 50% bersetuju dan 25% adalah sangat bersetuju. (min=4). Terdapat sebahagia kecil daripada guru tidak setuju setuju dengan pernyataan yang menjelaskan bahawa sukar mentafsir kehendak setiap pelajar dalam kemahiran interpersonal (15%), 25% kurang bersetuju, 40% bersetuju dan 20% sangat bersetuju (min=3.65). Pernyataan tentang pembelajaran berpusatkan pelajar sukar dilaksanakan dipersetujui oleg semua responden, iaitu seramai 60% bersetuju dan 40% sangat bersetuju (min=4.4). Seterusnya, seramai 5% guru yang sangat tidak setuju dengan pelaksanaan kemahiran interpersonal sukar kerana pemelajaran berfokaskan peperiksaan, 25% tidak setuju, 35% kurang bersetuju, 20% bersetuju dan 15% sangat bersetuju (min=3.15)

Kajian juga mendapati bahawa seramai 15% guru kurang bersetuju dengan pernyataan bahawa tiada sokongan daripada pihak pentadbiran untuk melaksanakan bidang interpersonal, 45% bersetuju dan 40% sangat bersetuju.

Berdasarkan kepada pernyataan di atas, didapati terkandung dimensi penguasaan guru-guru bahasa Malaysia di 2 buah sekolah, iaitu SMK. Pulau Ketam dan SMK. Tengku Ampuan Jemaah terhadap pengaplikasian bidang interpersonal berdasarkan kesesuaian pendekatan pelajar ketika mengajar mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah adalah berjaya dilaksanakan. Cuma terdapat segelintir kecil guru yang kurang bersetuju dengan pernyataan tertentu.

Seramai 6 orang guru berjaya ditemubual di 2 buah sekolah tersebut. Guru-guru tersebut adalah berbangsa Melayu dan juga merupakan guru opsyen bahasa Malaysia. Hasil daripada temubual didapati bahawa ramai guru bersetuju dengan pengaplikasian bidang interpersonal ini dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Hasil jawapan adalah seperti terkadung dalam bahagian Lampiran 2.

Kekangan dan Cabaran

Masalah guru kurang mahir juga wujud dalam pelaksanaan bidang interpersonal seperti juga masalah dalam pelaksanaan Kurikulum KBSM seperti yang dinyatakan oleh Faridah Abu Hassan(1996) dan Sharifah Maimunah Syed Zin (1996), sebab-sebab yang sering dikaitkan dengan kekurangan itu ialah;

i. Guru tidak dapat melaksanakan aspek kesepaduan ilmu merentasi kurikulum dengan berkesan kerana mereka tidak mendapat pendedahan yang secukupnya melalui kursus-kursus.

ii. Guru lebih banyak menumpukan kepada penyampaian isi pelajaran dan usaha dilakukan sepenuhnya untuk menghabiskan sukatan pelajaran menjelang peperiksaan.

iii. guru tidak melaksanakan aspek kesepaduan kurikulum dan kokurikulum kerana mereka tidak mahir dalam melaksanakan aspek kesepaduan itu.

Isi kandungan kurikulum yang terlalu padat merupakan suatu masalah kepada guru dan memaksa mereka menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan. Suffean Husin(1991) menyatakan kurikulum yang terlalu padat mengakibatkan strategi pengajaran guru masih bercorak tradisional dan pelajar tidak didedahkan dengan kemahiran berfikir yang betul dan terancang. Malah menurut John Arul Philips (1997) guru-guru di Malaysia jarang mengamalkan aktiviti kemahiran berfikir dalam pengajaran mereka. Hal ini berlaku kerana guru-guru terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran yang terkandung dalam kurikulum dalam tempoh masa yang amat terhad. Selain faktor masa, ada sebilangan guru amat sibuk dengan pelbagai bebanan tugas yang lain menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menjadi kaku kerana guru-guru lebih memfokuskan kepada peningkatan peratus dalam peperiksaan bukannya mencapai objektif dalam kurikulum Bahasa Melayu. Penghalang kepada pengajaran pemikiran kritis dan kreatif antaranya ialah kandungan kurikulum dan peperiksaan yang terlalu padat dan masa yang terhad diperuntukkan kepada mata pelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, paradigma guru yang sukar untuk berubah terutama guru-guru yang sudah lama berkhidmat merupakan masalah kepada pelaksanaan kurikulum terutamanya aspek Kemahiran Bernilai Tambah. Guru juga memerlukan banyak masa untuk persediaan mengajar KBKK, kemampuan pelajar yang terhad dan lemah dari segi kemahiran bahasa manakala program latihan yang telah dianjurkan kurang mencukupi. Kementerian Pendidikan perlu mengkaji semula kurikulum supaya guru dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam melaksanakan kurikulum dengan lebih berkesan. Kurikulum yang digubal mestilah direalisasikan bukan sekadar tersimpan menjadi dokumen rujukan semasa menulis rancangan pelajaran.

Fenomena murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan awam UPSR, PMR mahupun SPM yang tidak lagi belajar seawal bulai Julai kerana murid-murid perlu diberi persediaan untuk menduduki peperiksaan penting itu. Mereka akan diberi latih-tubi menjawab soalan peperiksaan dan dikehendaki menduduki peperiksaan percubaan lebih daripada sekali( Dr.Jamil Adimin; 2006. hal.22).

i) Guru menghadapai kekangan dari segi waktu pengajaran yang pendek, iaitu hanya 2 waktu seminggu.

ii) Dalam kalangan guru sendiri tiada kemahiran interpersonal.

iii) Guru yang mengajarkan Bahasa Malaysia bukan opsyen dalam matapelajaran berkenaan menyebabkan mereka meghadapai kesukaran mengaplikasikan kemahiran interpersonal terutama dalam pengajaran Komsas.

iv) Pelajar tidak dapat menghayati teks bacaan Komsas.

v) Kekurangan bahan pengajaran yang dapat membantu dalam pelaksanaan bidang interpersonal.

Saranan

Institusi-institusi latihan perguruan dan individu-individu yang mempunyai kepakaran. Golongan yang tidak berilmu diwajibkan belajar:

“... Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang pandai jika kamu tidak mengetahui.” (an-Nahl:43)

Guru juga mesti bersikap kreatif dalam pengajaran dan tidak lagi terikat dengan pengajaran bentuk lama yang berasaskan chalk and talk. Guru perlu kreatif memilih, mengubahsuai dan membuat pembaharuan terhadap kaedah pengajaran mereka kerana pelajar sebenarnya kreatif. Guru tidak patut menyekat kreativiti pelajar dengan larangan-larangan atau terkongkong dengan hanya satu jalan penyelesaian. Di sinilah pentingnya guru mempunyai kemahiran bidang interpersoanal yang diterapkan dalam Kemahiran Bernilai Tambah Kurikulum Bahasa Malaysia yang disemak semula.

Pendidikan yang berkualiti mempunyai hubungan yang rapat dengan profesionalisme guru. Di samping latihan sebelum perkhidmatan yang telah dilalui, guru sentiasa dituntut untuk memperkaya ilmu pengetahuannya dan untuk meningkatkan kemahiran supaya dapat menyelesaikan sebarang masalah pendidikan Bahasa Melayu dengan sesuai dan bijaksana.

Justeru guru perlu mahir dan kreatif khususnya dalam bidang interpersonal. Bermula dari sekolah guru adalah pembimbing kepada generasi baru untuk meneruskan kehidupan yang memerlukan komunikasi dua hala dalam mendapatkan dan meyampaikan sesuatu.

5.0 RUMUSAN

Kemahiran interpersoanal adalah penting dalam kehidupan seseorang. Jadi guru bertanggungjawab pengaplikasinnya kepada pelajar sama ada secara langsung ataupun secara tidak langsung. Hasil dapatan kajian di dapati bahawa semua responden menerapkan bidang interpersonal dalam kangan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Sekiranya guru tidak menguasai kemahiran interpersonal ini, guru perlu mencari alternatif dan kaedah yang lebih efisyen sebelum ‘bereaksi’ di hadapan pelajar agar bidang interpersonal ini dapat dicapai. Guru-guru Bahasa Malaysia tidak sewajarnya membaca buku di hadapan pelajar akibat tidak membuat persediaan awal sebelum P&P dan tidak menguasai isi pelajaran. Semasa P&P berlangsung, guru perlu memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dan melafazkan pendapat mereka. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut tidak bosan dan lebih berminat untuk mengaplikasikan kemahiran interpersonal dalam kehidupan seharian. Pengajaran Bahasa Malaysia perlu diajar oleh guru yang mengambil opsyen Bahasa Malaysia sahaja kerana kemahiran tatabahasa ataupun berkomunikasi Bahasa Malaysia perlu dimiliki oleh seseorang guru Bahasa malaysia.

Justeru itu, guru-guru Bahasa Malaysia perlu berusaha menambah ilmu sendiri melalui pembacaan sendiri atau perbincanganm kursus dan sebagainya. Guru-guru tidak seharusnya leka dengan pengetahuan sedia ada. Hal ini kerana bahasa terus berkembang dan hidup selari dengan kemajuan sains dan teknologi.

BIBLIOGRAFI

Aminah Harun.1993. “Strategi Pendidikan: Cabaran 2020”,dalam majalah

Pelita Bahasa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mac 1993,

hlm 17-19.

Awang Sariyan. 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu; Asas Pegangan Guru.

Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Jamil Adimin (2006), ‘Peperiksaan Lawan Pentaksiran’ dalam Majalah Pendidik,

Widad Publication Sdn. Bhd. Ampang Selangor.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Pusat Perkembangan Kurikulum Huraian

Sukatan Bahasa Melayu 2003, , Kementerian Pendidikan Malaysia, Ampang,

Dawama Sdn. Bhd.

Koh Boh Boon. 1989. Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

M. Al-Ahmad Al-Rashid.1990. Kurikulum dan Pendidikan Guru.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Razali Kamarudin. 2007 ‘ Antara Falsafah, Kurikulum dan Pedagogi ‘ dalam

Ehwal Pendidikan Julai 2007. Kuala

Nawi Ismail. 2006. “Masalah Ketidakberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu” dalam Pelita Bahasa, Februari 2006, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm 22-24.

Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. 2001.

Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sulaiman Sarkawi dan Haji Radzuan bin Abdul Kadir. 1999. Penggunaan

Multimedia dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sastera, kertas kerja

Kolokium Pendidikan Kesusasteraan Melayu pada 13-14 Julai 1999 di Institut

Bahasa Melayu Malaysia Kuala Lumpur.

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusof. 2006. Kaedah Mengajar

& Kemahiran Interpersonal Guru. Kuala Lumpur : PTS Professional

Publishing Sdn. Bhd.

Mobiweb

Mobiweb
http://www.mecd.biz

Congratulations,

To my educated advisor Prof.Madya Dr. Abdul Rasid Jamian for archieving the next level recognition 2008.